You are currently viewing Teori Personaliti Psikodinamik Freud

Teori Personaliti Psikodinamik Freud

Table of Contents

Teori Personaliti Psikodinamik menurut Sigmund Freud menjelaskan bahawa personaliti manusia yang terbentuk adalah integrasi antara tiga komponen, iaitu id, ego dan superegoEgo ialah bahagian personaliti manusia yang sebahagian berada pada aras bawah sedar dan sebahagian lagi berada pada aras sedar. Id merupakan bahagian tengah personaliti yang terletak antara Id dan superego.

1. ID

Berdasarkan Teori Perkembangan Psikodinamik Freud, Id ialah bahagian personaliti yang mengandungi naluri seksual dan agresif yang diwarisi sejak lahir. Id beroperasi di atas prinsip keseronokan (pleasure principle), bersifat tidak rasional dan mementingkan kepuasan serta-merta. Id juga mengandungi libido, iaitu tenaga seksual yang menggerakkan kebanyakan daripada tingkah laku manusia. 

2. EGO

Jenis personaliti kedua menurut Teori Personaliti Psikodinamik Freud ialah ego. Berbeza dengan idego tidak wujud semasa lahir. Ego berkembang secara berperingkat dan beroperasi di atas prinsip realiti (reality principle). Ego memainkan fungsi yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti individu, iaitu sebagai pengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id. Antara fungsi lain bagi ego ialah ego dapat bertindak terhadap sesuatu peristiwa yang mendatangkan kecemasan dan biasanya konflik yang berlaku antara id dan superego

Ego mempunyai dua kaedah dalam menghadapi situasi kecemasan, iaitu ego akan dapat bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah berasaskan pemikiran, pengalaman dan sosialisasi. Ego juga boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, atau tipu helah dengan memesongkan keadaan sebenar ketika menghadapi situasi kecemasan.

3. SUPEREGO

Jenis personaliti yang ketiga menurut Teori Personaliti Psikodinamik Freud ialah superego. Komponen superego digunakan bagi menggambarkan penghayatan nilai-nilai moral dalam masyarakat. Superego diterapkan dalam diri individu sejak lahir sebagai pegangan moral dalam usaha menghalang kehendak id. Tugas utama superego adalah menahan desakan id dan memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral, realistik dan berusaha mencapai kejayaan. Oleh itu, tahap ini menentukan tingkah laku individu sama ada bersifat positif atau negatif.

Terdapat dua ciri utama dalam superego, iaitu suara hati (conscience) dan keunggulan ego (ego ideal). Suara hati diperoleh melalui pelaksanaan hukuman oleh ibu bapa, perasaan serba salah dan penyesalan. Keunggulan ego pula diperoleh melalui pelaksanaan ganjaran yang diberikan oleh seseorang kepada dirinya.