You are currently viewing Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Jantina

Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Jantina

Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap jantina.

1. TINJAUAN LITERATUR 1

Kaviza (2019) telah mengkaji mengenai kecenderungan gaya pembelajaran terhadap jantina pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 512 responden yang merupakan pelajar sekolah menengah Tingkatan Empat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Hasil kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran fisiologikal iaitu gaya auditori, manakala gaya pembelajaran sosiologikal iaitu gaya berkumpulan merupakan gaya pembelajaran yang dominan yang diamalkan dalam kalangan responden ketika berada dalam bilik darjah.

Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan jantina murid dengan gaya pembelajaran mereka.

2. TINJAUAN LITERATUR 2

Namun begitu, kajian Farah dan Mohammad Mujaheed Hassan (2021) yang turut mengkaji gaya pembelajaran terhadap jantina adalah bercanggah dengan tinjauan literatur 1.

Kajian beliau menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengkaji tahap, perhubungan dan perbezaan antara konsep kendiri, gaya pembelajaran dengan motivasi akademik. Reponden kajian terdiri daripada 351 mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama dari sebuah universiti di negeri Selangor.

Dari aspek perbezaan jantina, perempuan mempunyai gaya pembelajaran visual yang lebih tinggi berbandingkan lelaki kerana perempuan lebih memberikan fokus dan mengingati sesuatu apabila menulis.

Namun begitu, lelaki mempunyai gaya pembelajaran kinestetik yang lebih tinggi daripada perempuan kerana lelaki lebih kreatif dan artistik berbanding dengan responden perempuan.

Farah, W.M.J.S. & Mohammad Mujaheed Hassan (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(2), 75-105. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.683

Kaviza, M. (2019). Kecenderungan Gaya Pembelajaran Murid dalam Mata Pelajaran Sejarah: Satu Kajian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(1), 82-90. https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i1.192